Jumat, 07 Februari 2014
Bintang Akademi Fantasia Rini Belum Sedia Kongsi Kesedihan Kematian Bayinya
KUALA LUMPUR – Dua hari sebelum kedatangan Syawal, bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini telah menerima berita sedih apabila puteri sulungnya, Maryam Joanna yang baru dilahirkan sudah pergi buat selamanya akibat jatuh dari katil dan lemas selepas 2 hari dilahirkan.Sungguhpun redha dengan kejadian berkenaan, namun ibu yang belum habis pantang ini meminta agar pihak media menunggu masa sesuai untuknya berkongsi cerita tentang pemergian anaknya itu.Malah, sewaktu penulis murai.com.my menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk meminta kenyataan daripadanya, pelantun lagu Apa Sebenarnya telah memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan tersebut.“Minta maaf ye bang. Saya masih belum bersedia untuk di temuramah apa-apa lagi. Sorry sangat-sangat,” pesannya.Dalam masa yang sama, Rini mengucapkan terima kasih kerana memahami keadaannya itu.“Terima kasih ye sebab memahami. Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin,” SMS terakhir dari Rini.Oleh itu, jangan lupa nantikan luah isi hati Rini mengenai berita sedih yang berlaku pada dia dan suaminya ketika kehilangan anaknya yang hanya sempat menikmati kehidupan di dunia dalam tempoh 10 hari saja.Bayi comel seberat 4.25 kg telah dilahirkan pada 9 Ogos 2012 jam 10.10 pagi di hospital Putrajaya.Puteri sulung Rini dilaporkan telah jatuh dari katil pada malam 10 Ogos lalu dan terus dibawa masuk ke hospital Kajang untuk menerima rawatan.Pun begitu, sewaktu insiden tersebut berlaku, bayi itu sudah pun tidak sedarkan diri kerana tertiarap dalam jangka masa yang lama. (Murai.com.my)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar