Minggu, 16 Maret 2014

Alanis Morissette Disaman Pengasuh Anak


Penyanyi tinggi lampai, Alanis Morissette telah disaman pengasuh kepada anaknya selepas penyanyi itu dikatakan telah menyebabkan penderaan emosi kepadanya.

Pengasuh tersebut, Bianca Cambeiro yang bertugas di kediaman Alanis bermula Ogos 2011 hingga Mac 2013 mengatakan Alanis dan suaminya Mario Treadway menyuruhnya bekerja 12 jam sehari tanpa diberikan rehat secukup ketika menjaga bayi pasangan tersebut.

Cambeiro juga tidak dibenarkan meninggalkan bayi Alanis, Ever Imre Morissette-Treadway untuk jangka masa sekejap biarpun untuk makan.

Selain itu, Alanis turut dikecam pengasuh tersebut kerana tidak membayar upah kerja lebih masa serta elaun lain berjumlah RM90,000.

Cambeiro turut mengemukakan tindakan saman kira-kira RM300,000 kerana tekanan emosi yang dialaminya sepanjang berkhidmat dengan pasangan itu.

Walau bagaimanapun, pihak Alanis sehingga kini masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung isu ini.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar