Selasa, 31 Desember 2013
Pelajar INTI Bina Rumah Untuk Orang Asli

KUALA LUMPUR – Seramai 15 pelajar dan kakitangan INTI International University (INTI IU) membina rumah batu bagi sebuah keluarga Orang Asli di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.
INTI IU dalam satu kenyataan media memberitahu, aktiviti itu dilakukan menerusi program `INTI Here for Good’ yang bertujuan melatih pelajar institusi itu untuk menyumbang kepada masyarakat.
“Para pelajar terlibat bertungkus lumus menyiapkan rumah tersebut dan hasilnya begitu memuaskan bagi mereka dan juga pemilik rumah baharu tersebut.
“Pojek pembinaan rumah untuk lima ahli keluarga Orang Asli terbabit dibimbing oleh penasihat daripada pertubuhan `Habitat for Humanity Malaysia’,” kata kenyataan itu semalam.
Menurut kenyataan itu, program `INTI Here for Good’ dirangka berdasarkan inisiatif `Laureate: Here for Good’ yang bertujuan menyatukan pelajar, ahli fakulti dan kakitangan institusi pendidikan tersebut.
Ia juga bertujuan menggerakkan kerja-kerja sukarelawan dalam bentuk program akademik, khidmat sosial dan ‘outreach’ untuk komuniti.
Jelas kenyataan itu, pelajar INTI IU disediakan dengan pelbagai cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam program yang berinovatif dan mendorong kepada perkembangan individu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar